Thursday 5 September 2013

Buatmu D

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....
Alhamdulillah....
cik tin diberi ruang dan masa untuk bermain dengan kata-kata untuk mengotakan segala yang terbuku di hati ini...

Duhai kaum adam....
Andainya kamu tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,


Duhai Adam....
Andainya kamu tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2...


by:


Wednesday 4 September 2013

Siapa insan itu??

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
Disaat rakan seperjuanganku bertungkus lumus utk submit esemen pada hari esok, aku mengambil kesempatan untuk bermain dengan kata-kata...Cukuplah tintaku ini yang berbicara...



Aku sedang menanti dia…Seorang lelaki yg akan bergelar suami…Seorang mukmin yg merindui syahid di jalan ALLAH..Seorang hambaNYA yg senantiasa zikrullah..Dia seorang lelaki yg tegas & berani..

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yg ingin menguasai diri.Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku..Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..Dengan zikir-zikir munajat..Dengan surah-surah rindu yg dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..Dia menasihati ku supaya mengingati mati..Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat..Matanya penat kerana membaca..Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati..Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..Kita hambaNYA adalah pelakon..Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..Dia seorang yg penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah & sabar dalam menghadapi dugaan..Baginya, dugaan-dugaan itulah yg akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak…Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga…Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W…Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..Kekasih sejatinya dan kekal abadi..Iaitu ALLAHURABBI…

Dia selalu berdoa & mengimpikan syurga..Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..Kerana..Dia pilihan ku..(^_^)
InsyaALLAH....

by:





Jatuh Cinta

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
^_^
Alhamdulillah....terasa diri ini mendapat semangat yang baru setelah balik dari cameron highlands n camping kat lata belatan...fuh!!!dasyat sungguh kan??3 minggu non-stop aktivitiluar..*_____________*
fulusku banyk kuarrrr....:((
let me share wif u my memories at cameron highlands!!!


di luar apartment*brinchang*


i loves this place!


cerita kami!


selesai makan ye kak ju n kak farah??


atin+sarah+syakur interframe...haa


waiting for bus!!













that's all!!tq for watching!!!love!!!






by::